ManfaatMandi Bunga Yang Perlu Anda Tahu Mandi bunga dan kaitannya dengan budaya orang Melayu memang tidak asing lagi. Malah ia juga sinonim kepada golongan wanita yang lambat bertemu jodoh kononnya sebagai usaha untuk menarik perhatian si lelaki. Namun jangan terkejut jika ada segelintir golongan lelaki juga menggemari mandi bunga.
Menurutsebuah salah studi, saat mandi kembang menggunakan kelopak mawar, indra penciuman akan secara langsung dirangsang dengan aroma wewangian yang muncul hingga memberi efek yang menenangkan. Demikian tadi beberapa manfaat mandi kembang untuk kesehatan tubuh kita. Jangan lagi dianggap sebagai rangkaian ritual mistis ya, semoga bermanfaat
Apapunrawatan mandi bunga adalah sebagai suatu wasilah kepada "IKHTIAR DAN TAWAKKAL" bergantung pada hajat dan doa yang diminta. TIADA KENA MENGENA dengan temu jodoh dan murah rezeki. Sesungguhnya JODOH, PERTEMUAN, REZEKI, AJAL, MAUT di tangan Tuhan.
CaraMandi Bunga Gunakan bunga segar yang tidak berduri dan berbau wangi. Pilih tujuh sehingga sembilan jenis bunga atau memilih jumlah bunga mengikut angka ganjil. Pilih pelbagai warna bunga tetapi elakkan bunga berwarna hitam. Semua jenis bunga dicampurkan dengan sebotol air mawar bersama dua biji limau purut yang sudah dipotong.
Mandiair bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda. Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith.
MANDIBUNGA UNTUK RUWATAN JODOH Mandi bunga sama Artinya dengan "Mandi Kembang". Sedangkan kembang sendiri dikenal bukan hanya karena Aroma wangi serta kecantikannya, melainkan karena berbagai faktor keistimewaan lain yang seringkali tidak dipahami oleh kebanyakan orang. Bunga merupakan tanaman yang indah untuk dilihat dan begitu harum baunya.
. Amalan mandi bunga merupakan salah satu terapi yang digunakan dalam perbuatan Melayu yang kekal sehingga hari ini. Ia termasuk dalam salah satu perubatan tradisional yang menggunakan sumber alam seperti tumbuh-tumbuhan dan akar-akar kayu. Salah satu sebab diamalkan mandi bunga adalah untuk kesegaran tubuh badan, mengharumkan diri sekali gus menambahkan aura keyakinan kepada si pengamal. Biasanya, perempuan yang bakal melangsungkan perkahwinan akan mengamalkan mandi bunga ini. Bahkan, sehingga ke hari ini, bakal pengantin mahupun wanita-wanita yang berkelapangan akan mendapatkan rawatan mandi bunga ini di spa-spa yang menyediakan khidmat tersebut ataupun yang dilakukan di rumah sendiri. Antara bunga yang sering diguna adalah yang berbau wangi seperti mawar, cempaka, kenanga, kemboja, bunga raya, akar dani dan susun kelapa. Ramuan-ramuan ini akan dicarik-carikkan dan dicampur di dalam air. Ia akan dibiarkan seketika sehingga aroma bunga naik dan pengamal boleh bersiram atau berendam dengan air tersebut selepas membersihkan diri terlebih dahulu. Ia adalah sebagai terapi kepada diri sendiri sekali gus untuk memberikan wangian dan aura kepada tubuh badan. Hukum Mandi Bunga Melihat kepada amalan orang Melayu kita yang menggunakan mandian bunga ini sebagai tujuan menaikkan seri wajah atau untuk mewangikan diri sendiri, hukumnya adalah dibolehkan. Menurut pandangan daripada Mufti Wilayah, jika ia dijadikan sebagai salah satu ikhtiar untuk kesihatan badan, kesegaran atau memulihkan semangat dan menaikkan aura semata-mata, maka tidak mengapa. Namun, jika ia disertai dengan unsur syirik atau khurafat; contohnya untuk membuang sial atau mempercepatkan jodoh, maka hukumnya adalah haram. Ia termasuk dalam dosa besar yang perlu dijauhi. Kalau kita tengok amalan-amalan yang pernah dilakukan kepada orang yang lambat jodoh, pasti mereka akan menyuruh untuk mengamalkan mandi bunga. Di sini, niatnya perlu diperbetulkan. Jika untuk membantu mendatangkan aura positif kepada diri sendiri, dibolehkan. Namun, jika untuk mempercepat jodoh atau menghalau sial, ia adalah berdosa. Kesimpulan Dapat difahami di sini bahawa amalan mandi bunga itu merupakan amalan tradisional masyarakat Melayu kita dengan tujuan yang berbeza. Ada yang mandi bunga untuk mewangikan diri dan ada juga dengan tujuan yang bersifat khurafat. Hukumnya bergantung kepada niat sendiri. Yang paling penting adalah tidak ada unsur-unsur syirik. Wallahu a’alam. Rujukan Mufti Wilayah PersekutuanAmalan Perubatan Mandi Bunga Kongsikan Artikel Ini Nabi Muhammad berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat. Fizah Lee Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi
Gambar INGimage Mengikut tradisi orang Melayu, upacara mandi bunga selalu dijalankan untuk membuang bala, mempercepatkan jodoh, memberi semangat kepada diri, menghindarkan dari gangguan semangat jahat dan lain-lain lagi. Mengikut ajaran agama Islam, ia dikatakan boleh memesongkan akidah seseorang. Upacara mandi bunga ini turut dilakukan oleh masyarakat India yang mempunyai ritual yang tersendiri ketika menjalankannya. Namun begitu, dari segi saintifik, ia dilihat sebagai sesuatu yang baik. Menurut Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan. Mandi bunga tanpa berniat yang boleh memesongkan diri daripada ajaran agama membawa banyak faedah. Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga matahari yang terbaik dan kebaikannya akan diturunkan kepada si pengamal mandi bunga. Antaranya, sekiranya rawatan mandi bunga diamalkan, ia mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan. Di bawah merupakan beberapa tip untuk anda yang ingin mencuba rawatan mandi bunga di rumah. 1. Gunakan bunga yang wangi dan tidak berduri. Pilih tujuh atau sembilan jenis bunga dari pelbagai warna tetapi bukan berwarna hitam. Sebaik-baiknya bunga cempaka dan melur digunakan untuk rawatan ini. Anda boleh memilih jumlah bunga mengikut angka ganjil 7, 9, 11, 13 jenis 2. Kesemua bunga segar tersebut harus dicampurkan dengan sebotol air mawar dan dua biji limau purut. 3. Pastikan kesemua dahan bunga dibuang dan campuran bunga, air mawar dan limau purut dibiarkan semalaman. 4. Rawatan mandi bunga seeloknya dilakukan pada waktu pagi. Mandi seperti biasa dan jadikan air bunga tersebut sebagai air bilasan. 5. Siram bahagian kiri badan sebanyak tiga kali dan diikuti dengan bahagian kanan. Selebihnya siram dari bahagian kepala sehingga air bunga habis. 6. Anda digalakkan untuk membiarkan badan kering daripada menggunakan tuala untuk mengeringkannya. Related Topicscara mandi bungakaedah mandi bungamandi bungamandi bunga untuk cantikrawatan mandi bungatip mandi bunga
Mandi bunga percepat jodoh. Khurafat yang menjerumuskan ke lembah syirik! “Jika sekadar bertujuan mewangikan diri, menaikkan seri wajah, sebagai ikhtiar untuk kesihatan badan, kesegaran, memulihkan semangat dan menaikkan aura semata-mata, hukumnya adalah dibolehkan,” – Mufti Wilayah. SALAH satu amalan orang Melayu adalah mandian bunga yang kekal sehingga ke hari ini. Ia juga dianggap sebagai salah satu terapi dan perubatan tradisional kerana ia menggunakan sumber alam seperti tumbuh-tumbuhan dan akar-akar kayu. Antara sebab mandi bunga ini diamalkan adalah untuk kesegaran tubuh badan, mengharumkan diri sekali gus menambahkan keyakinan dalam diri seseorang itu. Biasanya, kaum Hawa yang mengamalkan mandi bunga ini. Lagi-lagi menjelang hari perkahwinan, ia dikatakan menambahkan seri wajah pengantin. Jika dilihat dari segi amalan orang Melayu yang menggunakan mandian bunga ini atas tujuan untuk mewangikan diri dan menaikkan seri wajah, maka hukumnya adalah dibolehkan. JIKA tujuannya untuk menaikkan seri, kesihatan, ceria dan cergas maka tiada masalah dan tidak dihalang oleh syarak. Menurut pandangan daripada Mufti Wilayah, jika ia dijadikan sebagai salah satu ikhtiar untuk kesihatan badan, kesegaran atau memulihkan semangat dan menaikkan aura semata-mata, maka tidak mengapa. Tetapi, jika mandian tersebut disertai dengan unsur syirik atau khurafat, contohnya untuk membuang sial atau mempercepatkan jodoh, maka hukumnya adalah haram. Bahkan, ia termasuk dalam dosa besar dan perkara yang perlu dijauhi. Jadi betulkan niat jika ingin melakukan sesuatu perkara. Jika tujuannya untuk membantu mendatangkan aura positif kepada diri sendiri, dibolehkan. Namun, jika untuk mempercepat jodoh atau menghalau sial, ia adalah berdosa. Apa tujuan mandi bunga? Menerusi rakaman Tanyalah Ustaz oleh pendakwah, Ustaz Mustafar Mohd Suki satu persoalan telah diutarakan kepadanya, adakah boleh mandi bunga bagi mempercepatkan jodoh untuk anak perempuan? Menurut beliau, jika tujuannya untuk menaikkan seri, kesihatan, ceria dan cergas maka tiada masalah dan tidak dihalang oleh syarak. DALAM Islam, hukum mandi bunga adalah harus sekiranya ia dilakukan oleh orang yang mahir dalam bidangnya dan perbuatan itu tidak bertentangan dengan syariat. “Akan tetapi jika seseorang itu tiada jodoh dan dia perlu mandi bunga. Seolah-olah dengan mandi bunga dia dapat jodoh. “Benda ini sebenarnya akan menjadi isu kerana jodoh, rezeki dan pertemuan semuanya aturan ALLAH SWT. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dengan doa dan jangan dikaitkan dengan mandi bunga supaya cepat mendapat jodoh. “Kerana ia termasuk dalam perkara ghaib yang mesti berdalil kepada al-Quran dan sunah dan itulah asas kaedahnya. “Dan harus diingat juga terutama kepada masyarakat, janganlah menghukum dan suka bertanya soalan sensitif contohnya, bila nak kahwin atau bila nak dapat anak. Doakanlah yang baik-baik sesungguhnya ALLAH merancang segala sesuatu itu pasti ada sebab-sebabnya. “Kaitkan apa sahaja doa dengan niat kerana ALLAH pasti akan DIA permudahkan dan bukan untuk urusan dunia semata,” katanya. Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus
mandi bunga untuk jodoh